Sekadar luahan rasa -aku Pensyarah kolej swasta
Tiba-tiba rasa nak on blog ni..sekadar mahu meluah rasa. Saya graduan ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang pentadbiran di sebuah IPTA.. Sebelum ini Saya kerja sebagai Management Trainee di sebuah kilang dengan gaji kasar agak tinggi juga 3k lebih . Kalau basic sahaja RM2400 dan ada elaun2 lain lagi campur OT dapatlah secara kasarnya itu. Kemudian berhenti di atas sebab tertentu setelah hampir setahun di situ. Kemudian dapat offer jawatan HR&Finance executive di sebuah perniagaan lain. Saya terima . Ya Saya mmg sangat selesa kat situ walaupun kurang benefit tapi gaji okay ,dapat lah dalam RM2500 Sebulan basic..bos pun baik sangat2 .. walaupun tu cuma enterprise.. kurang benefit tapi sbb environment mcm tu Saya selesa..tapi sejak diumumkan PKP daripada pertengahan bulan 3 2020 ,kami staff2 terpaksa di kenakan unpaid leave sehingga bulan 7 2020.. Pada bulan 7 itu lah Saya di retrenched. Pada bulan 8 ,sy terima tawaran sebagai lecturer di sebuah kolej swasta dengan ga...